Thursday, July 10, 2008

Cadangan penyelidikan

Dakwah

Kajian ini adalah bagi mengenalpasti tahap dan keberkesanan usaha dakwah di Kelantan. Fokus akan ditumpukan kepada menyenaraikan kekuatan dan kelemahan program-program dakwah sedia ada. Rumusan akan buat dengan tujuan merangka cadangan-cadangan bagi menjalankan program dan halatuju usaha dakwah yang lebih konkrit pada masa depan

Dadah

Masalah dadah telah ditangani dengan meluas oleh pelbagai pihak dari kelompok kejiranan hingga ke peringkat antarabangsa. Kajian ini bagaimanapun akan ditumpukan kepada peranan institusi peringkat akar umbi dalam menghadapi masalah ini. Fasa pertama akan difokuskan tentang kesedaran dan kefahaman tentang masalah dadah dan usaha yang dibuat untuk menangani perkara ini. Fasa kedua ialah peranan yang diambil keluarga, persekitaran dan pihak pentadbir dalam menghadapi kewujudan penagih baru di sekitar mereka. Fasa ketiga ialah proses pemulihan penagih dadah. Fokus akan diberi kepada agensi dan institusi yang menjalankan proses pemulihan dan peranan orang ramai dalam membantu usaha ini. Kajian ini akan menyediakan cadangan kepada pihak kerajaan dan agensi lain berkaitan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam program memerangi penyalahgunaan dadah.

Pelancongan

Kemiskinan

Pembangunan belia

Keluarga bermasalah

Perumahan

Kesihatan

Tanah terbiar

Perniagaan tani

Gejala sosial

Masjid

Penghulu

Keciciran pelajar sekolah

Pengangguran

No comments: