Saturday, July 5, 2008

Pasca PRU 12 - Era baru sosio-politik Kelantan

Dengan kemenangan PAS pada pilihanraya umum ke-12, Kelantan mencipta rekod berada di bawah kepimpinan parti yang beteraskan Islam. Dengan kemenangan yang lebih meyakinkan kali ini, peluang untuk merealisasikan sistem politik dan kemasyarakatan berteraskan Islam adalah lebih terbuka kepada pemimpin dan rakyat Kelantan.

Pada pilihanraya 8 Mac 2008 PAS berjaya memenangi 38 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding Umno yang hanya mampu mempertahankan 6 kerusi. Satu lagi kerusi dalam dewan yang mempunyai 45 kerusi itu dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Umno yang mempunyai 22 kerusi dalam dewan itu sebelum pilihanraya tersebut menerima pukulan teruk kerana mereka bukan saja gagal dalam operasi menawan Kelantan yang kelihatan dilakukan dengan penuh confident, malah keputusan itu memberi petunjuk besar bahawa teras Islam yang dibawa PAS kini menjadi sandaran dan harapan majoriti rakyat.


No comments: